
Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my
ROSLAN menatap muka depan Kosmo! Ahad yang memaparkan kemungkinan Ayah Pin muncul semula di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Bukit Bintang menyatakan komitmen mereka untuk membantu pihak berkuasa mencari Ayah Pin.
Pengerusinya, Roslan Dahaman berkata, pihaknya bersedia menggerakkan ahli-ahlinya yang dianggarkan lebih 8,000 orang untuk mencari ketua ajaran sesat itu pada bila-bila masa.
"Kami sedia bantu pihak berkuasa disamping memberikan maklumat yang diperlukan asalkan Ayah Pin dapat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
"Apa yang pasti, kami bukan mahu pertubuhan ini dianggap sebagai 'jaguh', sebaliknya ia merupakan satu usaha untuk membantu pihak berkuasa," katanya di sini semalam.
Kelmarin Kosmo! Ahad melaporkan aktiviti mencurigakan sekumpulan lelaki yang dipercayai pengikut Ayah Pin yang berkumpul di sebuah pusat karaoke dan mengadakan sambutan seolah-olah meraikan pemimpin tersebut yang menghilangkan diri sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan