Jumaat, 31 Oktober 2008

Buang mentaliti 'silo': Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru rakyat membuang mentaliti 'silo' iaitu hanya melihat apa yang berlaku dan tidak mempedulikan apa yang dialami orang lain, kecuali apa yang berlaku terhadap diri sendiri.

Dalam keadaan sekarang, baginda bertitah, mereka tidak lagi boleh menggubal dasar, undang-undang dan peraturan yang bersifat menindas serta tidak beretika.

“Dalam hal ini, beta yakin, prinsip yang bersifat inklusif perlu dijunjung tinggi. Tidak sepatutnya ada mana-mana kelompok masyarakat yang tidak dihormati, dipandang sangsi dan dinafikan hak mereka sebagai rakyat.

"Tidak sepatutnya ada mana-mana kumpulan berasa usaha dan sumbangan mereka dipandang remeh dan tidak diperlukan,” titah baginda semasa menyampaikan ucapan khas pada Persidangan LawAsia Ke-21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Raja Nazrin bertitah langkah melaksanakan prinsip itu antara cabaran paling besar yang mendepani pemerintah hari ini, dan pada pendapat baginda, tiada cara yang lebih berkesan bagi menzahirkan prinsip bersifat inklusif selain melalui amalan pemerkasaan.

“Hanya melalui pembangunan inklusif sajalah kita akan dapat menikmati hasil yang berkekalan,” titah baginda. - Bernama (berita harian)

semoga selamt pergi dan selamat kembali.


LAMBAIAN KAABAH...

JEMAAH haji kumpulan pertama berbaris untuk menaiki bas dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Mekah, semalam.

Rombongan pertama 355 jemaah haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci Mekah, semalam.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengucapkan selamat jalan kepada rombongan tersebut dalam satu majlis di Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor.

Pada tahun ini, kira-kira 27,000 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah tersebut dengan kumpulan pertama berlepas semalam dan dijangka pulang ke tanah air pada 13 Disember ini.

Khamis, 30 Oktober 2008

257,411 bayi luar nikah

KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

Rabu, 29 Oktober 2008

Suami mengamuk, isteri gagal melamar wanita idamannya

KUANTAN - Tidak dapat berkahwin lagi, isteri jadi mangsa.

Inilah yang berlaku apabila seorang pengawal keselamatan mengugut untuk membunuh isterinya itu kerana dia tidak melamar wanita yang ingin dinikahinya suaminya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pancing dekat sini semalam.

Lebih malang kepada lelaki tersebut, wanita yang hendak dilamar itu telah pun bersuami.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, lelaki tersebut yang juga anggota Rela yang berumur 57 dipercayai marah apabila isterinya yang berumur 60 tahun yang pergi ke rumah nenek wanita berkenaan petang semalam untuk merisik, tidak menyampaikan hasrat suaminya itu.

Ketika pulang ke rumah, suaminya yang mengesyaki dia tidak memaklumkan hasratnya kepada pihak wanita berkenaan, bertindak mengacukan parang ke leher isterinya sambil mengugut untuk menyembelih mangsa dan mahu menembak isterinya dengan senapang patah.

"Mangsa yang ketakutan nekad melarikan diri ke rumah anaknya yang terletak berhampiran sebelum ke Balai Polis untuk membuat laporan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Berikutan itu, polis menahan suami wanita berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, kata Mohd. Haris.( kosmo)

Selasa, 28 Oktober 2008

Pekida sedia cari Ayah Pin


Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my


ROSLAN menatap muka depan Kosmo! Ahad yang memaparkan kemungkinan Ayah Pin muncul semula di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Bukit Bintang menyatakan komitmen mereka untuk membantu pihak berkuasa mencari Ayah Pin.

Pengerusinya, Roslan Dahaman berkata, pihaknya bersedia menggerakkan ahli-ahlinya yang dianggarkan lebih 8,000 orang untuk mencari ketua ajaran sesat itu pada bila-bila masa.

"Kami sedia bantu pihak berkuasa disamping memberikan maklumat yang diperlukan asalkan Ayah Pin dapat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Apa yang pasti, kami bukan mahu pertubuhan ini dianggap sebagai 'jaguh', sebaliknya ia merupakan satu usaha untuk membantu pihak berkuasa," katanya di sini semalam.

Kelmarin Kosmo! Ahad melaporkan aktiviti mencurigakan sekumpulan lelaki yang dipercayai pengikut Ayah Pin yang berkumpul di sebuah pusat karaoke dan mengadakan sambutan seolah-olah meraikan pemimpin tersebut yang menghilangkan diri sebelum ini.

Isnin, 27 Oktober 2008

Boikot jika harga barang tak turun

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap akan meneruskan kempen boikot besar-besaran sekiranya kerajaan gagal mengumumkan penurunan harga barangan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, kata putus itu sudah dipersetujui bersama dengan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia.

"Dulu peniaga memberi alasan harga minyak naik untuk menaikkan harga barangan, tetapi bila harga minyak sudah turun, kenapa mereka buat tidak tahu dan masih mengekalkan harga barang pada kadar tinggi?'' katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Omar, pihak terbabit terutama persatuan peniaga perlu memberi penjelasan sewajarnya dan sama-sama bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya sudah bercakap dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, kalau boleh harga barang turunkan kembali ke paras normal, supaya pengguna dapat menyimpan untuk masa depan.

"Ini kerana, berikutan kenaikan harga minyak dan harga barang yang mendadak kebelakangan ini, ramai pengguna dan kakitangan awam terpaksa mengeluarkan simpanan mereka untuk menampung kos sara hidup yang tinggi," tambahnya.(kosmo)

Sabtu, 25 Oktober 2008

Sudah liat nak berubah - Mereka tahu salah tapi mengaku payah untuk menjadi normal

Oleh ASRON MUSTAPHA dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR – Fatwa haram yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap ‘pengkid’ seolah-olah tidak memberi kesan kepada golongan tersebut untuk terus menjalani kehidupan songsang mereka sebagai wanita yang berkelakuan lelaki dan mengamalkan seks sejenis.

“Saya selesa dengan jalan hidup sekarang (pengkid) walaupun orang jijik tengok kami.

“Dari dulu saya sedar ia haram di sisi agama dan dosanya lebih teruk daripada berzina dengan pasangan normal,’’ kata seorang pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Syebi, 25.

Namun Syebi membayangkan hasrat kembali menjalani kehidupan normal kerana jauh di sudut hatinya dia ingin mempunyai zuriat sendiri.

“Saya akan berubah tapi bukan sekarang, tak tahu bila,’’ ujar Syebi yang sebelum ini pernah bertunang sebelum kecewa dan memilih cara hidup seperti lelaki.

Mengimbau kisah kehidupan songsangnya, Syebi memberitahu dia dibesarkan dalam persekitaran lelaki sehingga menyebabkan jiwanya sebati sebagai lelaki.

Dia juga mendakwa pernah ditunangkan bagi membetulkan semula naluri kewanitaan tetapi hubungan atas dasar pilihan keluarga itu tidak kekal lama.

Pasangan pengkid, Shahrul, 23, dan Aida, 26, juga masih mahu meneruskan percintaan songsang mereka yang terjalin sejak dua tahun lalu.

“Buat masa ini tiada apa yang dapat mengubah kehidupan kami,’’ kata Shahrul yang manis bertudung ketika waktu kerja tetapi wataknya berubah sama sekali sewaktu bersama Aida.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Khamis, 23 Oktober 2008

Peluang kerjaya 60,000 graduan

Oleh ROSMALINA A. KADIR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Senario pengangguran yang tinggi dalam negara bakal berubah dengan wujudnya program latihan pusat perhubungan yang menjanjikan banyak peluang pekerjaan kepada para graduan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, industri itu khususnya yang mengkhusus kepada pengendalian pusat-pusat perhubungan dijangka menyediakan sebanyak 60,000 peluang pekerjaan mulai sekarang hingga 2012.

Untuk itu, kementerian berkenaan dengan kerjasama sebuah syarikat latihan kemahiran, My-Partners Sdn. Bhd. menawarkan skim latihan dengan jaminan pekerjaan dalam syarikat pusat perhubungan bergaji minimum RM2,000 sebulan.

Rabu, 22 Oktober 2008

Kempen pulaukan barangan

KUALA LUMPUR - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar di negara ini akan bergabung mengadakan kempen pemulauan besar-besaran terhadap produk-produk yang harganya tidak diturunkan mulai bulan depan.

Tindakan itu diputuskan sebagai tindak balas ke atas kedegilan peniaga dan pemborong yang masih enggan menurunkan harga barangan meskipun harga bahan bakar sudah tiga kali diturunkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Antara NGO yang akan mengerakkan kempen tersebut iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO).

Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, satu pertemuan akan diadakan antara NGO terbabit pada 13 sehingga 15 November ini di Kota Kinabalu, bagi membincangkan mekanisme bagaimana untuk mengawal harga barangan di pasaran.

"Antara hasil perjumpaan itu ialah melancarkan kempen memulau produk atau perkhidmatan yang mengenakan harga tinggi, selain pelbagai lagi pendekatan untuk mengawal harga barangan dengan efektif yang akan diserahkan kepada kerajaan untuk penilaian dan dilaksanakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Jun lalu kerajaan telah menaikkan harga bahan bakar kepada RM2.70 seliter untuk petrol manakala RM2.58 bagi diesel yang seterusnya menjadikan alasan bagi peniaga dan pemborong menaikkan harga barangan secara mendadak.

Selasa, 21 Oktober 2008

Parti liar geng hitam



Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Mereka berpakaian serba hitam ala Ninja, termasuk mengenakan lilitan di kepala seolah-olah kumpulan ajaran sesat sebaik tiba di Pantai Teluk Ketapang, dekat sini, malam kelmarin.

Kehadiran kira-kira 20 lelaki dan wanita itu selepas tengah malam menimbulkan kegelisahan pengunjung dan penduduk setempat kerana dikhuatiri mengadakan parti liar.

Betapa tidak, mereka turut bertindak biadab memecah kesunyian malam apabila membuat bising dan menari sesuka hati sambil meneguk arak tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat sekeliling.

Seorang pengunjung yang enggan dikenali, berkata pada malam kejadian, dia berada di pantai berkenaan untuk memancing bersama beberapa rakan.

Ahad, 19 Oktober 2008

akui terima laporan adegan panas pelajar

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran mengakui ada menerima laporan penglibatan pelajar dalam kes melakukan rakaman klip video lucah dan menubuhkan satu jawatankuasa khas menanganinya.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pihaknya menerima beberapa laporan orang awam mengenai perkara itu dan sebahagiannya mempunyai asas sebelum ini.

"Kita memang menyiasat setiap aduan yang sampai kepada kita, kita tidak ambil mudah kerana ia melibatkan anak bangsa kita sendiri," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Beliau mengulas rakaman aksi panas pelajar melalui telefon bimbit dan didakwa sudah disebarkan secara meluas.

Menurut Razali, selain itu, kementerian juga menerima aduan rakaman laporan berhubung pembikinan tiga klip video seks di kalangan pelajar di Sarawak dan Pahang.

Katanya, langkah itu dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Gejala Sosial KPM yang dipengerusikannya dan beliau berjanji tidak bertolak ansur terhadap pihak terbabit.
(KOSMO Ahad)

Apa sudah jadi? - Aksi panas pelajar cetus kebimbangan semua pihak

Oleh WARTAWAN Kosmo! Ahad


ANTARA aksi panas pelajar dalam klip video yang tersebar seluruh negara.


KUALA TERENGGANU - Ketika pelajar lain tekun menuntut ilmu di sekolah, segelintir daripadanya tergamak menjadikan kelas sebagai lokasi penggambaran klip video 'aksi panas' mereka sendiri.

Kegiatan pelajar melakukan perbuatan terkutuk di dalam kelas dan merakamnya dengan telefon bimbit mula menjadi trend sejak kebelakangan ini.

Kosmo! Ahad baru-baru ini menerima lima klip video aksi melampau membabitkan lima pasangan pelajar daripada pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Jamal, 36, dan Fikri, 34.

Mereka yang tinggal di Kemaman, Terengganu menyerahkan klip video itu dalam satu pertemuan di Chukai.

Menurut mereka, semua klip video itu dipercayai sudah tersebar di seluruh negara.

Semua klip video tersebut membabitkan pelajar dan tempoh aksi rakaman itu antara dua dan empat minit lengkap dengan rakaman suara si pelaku.

Berdasarkan suara, dipercayai 'pelakon' itu adalah pelajar sekolah menengah beberapa negeri termasuk sebuah negeri di Pantai Timur.

Dengan anggaran usia 13 hingga 19 tahun mereka kelihatan 'selesa' melakukan 'penggambaran' dengan memakai uniform sekolah tanpa bimbang tertangkap.

Dalam satu klip, seorang pelajar perempuan dipercayai tingkatan enam duduk di kerusi dan diarah pelajar lelaki melakukan aksi mengghairahkan.

Terdapat juga adegan 'aktres amatur' melakukan aksi 'pemanas badan'.

Menjelaskan perkara itu, Jamal dan Fikri mendakwa mereka menerima klip video itu daripada kenalan masing-masing.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Karnival UKM kecoh(kosmo)

Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@kosmo.com.my


SEKUMPULAN pelajar universiti menghampiri pengawal keselamatan di Karnival Kerjaya UKM semalam.

BANGI - Kemeriahan sambutan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, bertukar kecoh apabila sekumpulan kira-kira 200 pelajar bertindak melakukan demonstrasi menuntut pilihan raya kampus disegerakan selama hampir satu jam.

Kumpulan yang dianggotai Solidariti Mahasiswa Malaysia dan disertai oleh gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UKM itu pada mulanya hanya mahu menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, ia kemudiannya menjadi tidak terkawal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka bertemu lebih lama dengan Khaled sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.

Keadaan kemudiannya bertambah gawat apabila kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan layanan pengawal keselamatan yang dianggap mereka sebagai 'kasar' menyebabkan hampir meletus pergaduhan.

Kekecohan itu kemudiannya memaksa campur tangan pihak polis mengawal keadaan tetapi kumpulan pelajar tersebut tetap tidak berganjak.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Apa nak jadi dengan pelajar kita????


Pelajar wanita belasah guru

Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my

AZHANA keluar dari Balai Polis Kangar selepas membuat laporan dipukul oleh dua pelajarnya di SMK Perlis semalam.

KANGAR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa bertindak di luar batasan membelasah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan dua berkenaan dipercayai telah menendang dan memukul guru Sivik dan Geografi, Azhana Ibrahim, 27, pada pukul 10 pagi semalam.

Menurut Azhana, dalam pergelutan itu, dia cuba mempertahankan diri selepas dua pelajar itu menyerangnya.



ulasan

mengapa perkara seperti ini boleh berlaku?? siapakah yang patut dipersalahkan. perkara ini amat merisaukan kita, oleh itu semua pihak perlu duduk berbincangan bagi mengelak perkara seperti ini berulang. fikirkan lah!!

Khamis, 16 Oktober 2008

Hindraf diisytihar haram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kerajaan hari ini mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.... Berita Penuh....(utusan malaysia)

Rabu, 15 Oktober 2008

Jangan mainkan sentimen perkauman: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan sentimen perkauman untuk mencari keuntungan politik sehingga menjejaskan kestabilan perpaduan nasional yang sudah lama wujud.

Perdana Menteri berkata demikian di sini hari ini bagi mengulas tindakan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yang didakwa sebelum ini mempertikaikan asal-usul orang Melayu.

Abdullah berkata, memang ada pihak yang cuba menangguk di air keroh dan sebarang isu perkauman boleh menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. (berita harian)

Selasa, 14 Oktober 2008

Universiti pilih tarikh pilihan raya

Oleh SAIFUL AFFENDY
SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan bahawa tarikh pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2008/2009 ditentukan sendiri oleh pengurusan universiti masing-masing dan bukannya kementerian seperti dulu.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata, setiap institusi telah diberi autonomi tersebut sebagai sebahagian bayangan kepada pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Untuk itu katanya, KPT tidak lagi akan mengumumkan tarikh PRK seperti tahun-tahun sebelumnya sebaliknya ia akan diputuskan sendiri oleh setiap universiti, baik awam atau swasta selepas merujuk kepada kementerian.

"Kini semuanya atas budi bicara setiap universiti untuk pilih masa yang sesuai anjur buat pilihan raya," katanya.(kosmo)

Sabtu, 11 Oktober 2008

Umum segera tarikh pilihan raya - Pelajar universiti sudah tidak sabar untuk memilih barisan kepimpinan baru kampus




Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

WAKIL pelajar, Zul Zaidi Mahmud (kanan) menunjukkan salinan memorandum yang sudah diserahkan kepada wakil menteri di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - "Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."

Itulah laungan lebih 100 mahasiswa beberapa universiti di sekitar Lembah Klang yang berkumpul secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) petang semalam.

Sambil melaungkan slogan Student Power, mereka berkumpul atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi SMM, Hafizuddin Abirerah, 22, yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaya (UM) berkata, KPT seharusnya telah mengumumkan tarikh tersebut memandangkan telah genap setahun sejak pilihan raya kampus tahun lalu.

"Namun di peringkat KPT dan HEP (Hal Ehwal Pelajar), kampus-kampus masih belum mengumumkan tarikh PRK diadakan untuk kebanyakan kampus terutamanya kampus di Lembah Klang," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Mohamed Khaled, Mohd. Arif Adenan di sini semalam.

Jumaat, 10 Oktober 2008

selamat berjaya wat semua.

472,060 calon menduduki ujian PMR bermula Isnin ini
09/10/2008 6:38pm

KUALA LUMPUR 9 Okt. — Seramai 472,060 orang calon akan menduduki peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula serentak pada 13 hingga 17 Oktober (Isnin hingga Jumaat) di seluruh negara.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, 442,791 (93.8 peratus) calon adalah dari sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran, 15,430 (3.3 peratus) calon sekolah-sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 13,491 (2.8 peratus) calon sekolah-sekolah swasta dan 348 (0.1 peratus) merupakan calon persendirian perseorangan.

Sebanyak 3,458 pusat peperiksaan telah disediakan.

Untuk memastikan kelancaran pengendalian peperiksaan tersebut, calon-calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan pada setiap masa peperiksaan itu dijalankan, kata kenyataan itu. - Bernama (utusan malaysia)

Khamis, 9 Oktober 2008

apa akan berlaku??


CERIA... Abdullah Ahmad Badawi sempat berseloroh meminta para jurugambar merakam gambarnya bersama Najib Tun Razak (gambar kiri) sebelum sidang akhbar di Ibu Pejabat Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Beliau kemudian bersalam dengan Najib yang bakal menggantikannya



Abdullah tidak bertanding
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan sekaligus memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.... Berita Penuh(utusan malaysia)

Rabu, 8 Oktober 2008

Bapa hanyut bersama bilik air



GOMBAK: Menyayat hati apabila seorang anak hanya mampu menjerit memberi amaran sebelum bilik air yang dimasuki bapanya untuk mandi di tebing sungai belakang rumah runtuh sebelum dihanyut arus deras.
berita penuh...(Harian Metro)

Tegas tangani Hindraf

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan mahu tindakan tegas dikenakan ke atas Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika penyokongnya bertindak tidak sopan sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Rabu lalu.... lagi (utusan malaysia)

Isnin, 6 Oktober 2008

keadaan yang sering berlaku ketika hari raya, sampai bila??


SESAK ... Deretan kenderaan memenuhi sepanjang jalan di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke ibu kota ekoran orang ramai berpusu-pusa pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena perayaan Aidilfitri di sini, semalam. Keadaan kesesakan yang luar biasa di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan menyebabkan ribuan orang ramai yang mahu kembali ke Ibu kota terkandas dan kenderaan bergerak perlahan-lahan. - Foto Bernama(berita harian online)

Ahad, 5 Oktober 2008


Dua nahas menyayat hati

Oleh KAMIL MASLIH( utusan malaysia )


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat P. Anbalagan yang maut selepas bas yang dipandunya merempuh tembok konkrit dan tiang pembahagi laluan Touch ‘n Go di Plaza Tol Skudai, Johor, semalam. Gambar kanan pula, Puteri Damia, 2, menjadi yatim piatu setelah bapa, Roslan Mamat, 33, dan ibunya, Nasimah Mohd. Nawi, 28, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki melanggar pokok di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu, semalam. Seorang lagi anak pasangan itu, Mohd. Iqwan, 4, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sabtu, 4 Oktober 2008

http://www.2-u.com.my





Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).

Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Hindraf keterlaluan

Oleh NOR ZAINAH NORDIN(utusan malaysia)

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mengutuk keras dan menyifatkan perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Islam sebagai keterlaluan, biadap dan menghina kesucian 1 Syawal.

Sambil membayangkan tindakan pertubuhan haram itu didalangi individu tertentu dengan tujuan menghancurkan perpaduan negara, mereka meminta kerajaan bertegas dan tidak melayan tekanan daripada kumpulan yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perbuatan kumpulan berkenaan adalah menghina perayaan besar umat Islam, tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan tujuan mereka menimbulkan kekecohan dalam suasana Perdana Menteri dan rakyat jelata meraikan 1 Syawal, seolah-olah cuba memberi gambaran negatif bahawa mereka langsung tidak mendapat peluang bertemu Perdana Menteri pada hari lain.

Katanya, insiden itu dikhuatiri didalangi pihak-pihak tertentu dengan mempergunakan suasana perayaan dan kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengganggu serta memberi imej buruk kepada negara luar.

Beliau berkata, kejadian itu bukan menunjukkan perjuangan tulen tetapi mengambil kesempatan merosakkan imej negara selain memberi gambaran seolah-olah Malaysia tidak mengamalkan budaya tolak-ansur.

“GPMS meminta kerajaan supaya jangan melayan mereka kerana Hindraf bukan pertubuhan sah. Mereka patut dikenakan tindakan, tidak kisah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang lain.

“Biar ia menjadi pengajaran. Tidak pernah berlaku insiden sebegini dalam sejarah 50 tahun kita merdeka. Ini perbuatan berani tidak bertempat dan dipengaruhi demonstrasi jalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.

“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata Shanti.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kumpulan itu mengambil peluang suasana rumah terbuka untuk menonjolkan isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain.

Katanya, perbuatan itu tidak kena pada masanya iaitu ketika sambutan Aidilfitri bagi meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadat puasa dan merapatkan hubungan sesama rakyat.

“Mereka tidak menghormati orang Islam yang merayakan Aidilfitri,” ujarnya.

Pengerusi Persatuan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, perbuatan penyokong Hindraf itu sepatutnya membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya kumpulan yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Kita selalu memikirkan orang lain dan tidak mengambil kira perasaan sendiri. Mereka sudah melampau dan tidak prihatin kepada suasana 1 Syawal yang menjadi perayaan besar umat Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Pribumi Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Hindraf adalah pertubuhan haram yang semakin mencabar undang-undang serta nampak bersedia menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Katanya, Hindraf langsung tidak mempedulikan dan menghormati perayaan besar umat Islam menyambut 1 Syawal.

Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron pula menganggap Hindraf dan pihak yang mendalangi kumpulan itu sebagai pengkhianat kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berkata, perbuatan mereka cuba menguji kesabaran orang Melayu dan kerajaan serta berniat mahu menghancurkan negara dan perpaduan yang dibina lebih 50 tahun lalu.

“Kita perlu siasat siapa dalang mereka dan beri peringatan keras supaya mereka tidak terus mencuba mencetuskan ketidakseimbangan sosial negara” tegasnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Helmi Ismail pula berkata, perbuatan kira-kira 1,000 anggota kumpulan itu langsung tidak kena pada tempatnya dan keterlaluan kerana mengganggu majlis rasmi yang dianjurkan oleh pemimpin kanan negara.

Katanya, selain itu, tindakan kumpulan itu yang sering menggunakan kanak-kanak sebagai barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan adalah tindakan pengecut.

Petrol, diesel turun 10 sen

Petrol, diesel turun 10 sen

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter, berkuat kuasa hari ini bagi meringankan beban rakyat ...

Khamis, 2 Oktober 2008

satu syawal telah menjelma.


Setiap tahun masyarakat kita enyambut ketibaan satu syawal dengan pelbagai cara dah gaya. Ada yang menyabut dengan kegembiraan dan ada yang menyambut dengan kesedihan.
Sebagai masyarakat malaysia bagaimana anda menyambut raya dan apa pandangan anda terhadap cara masyarakat kita menyambut satu syawal???

marilah kita sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan tentang perkara ini.